Saturday, September 19, 2009

Khidmat Pesanan Ringkas, Padat dan Informatif.



Di kesempatan ini, OHKAWAN ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri lalu dengan selambanya menyusun seberapa byk jari yang boleh sambil meminta maaf atas salah silap yang secara tidak sengajanya dilakukan tanpa izin sesiapa pun. Kepada sesiapa yang berkecil hati terhadap entry blog ini, harap diperbesarkan lah. Bak kata pepatah melayu, "sudah gaharu cendana pula, kalau mahu datanglah raya" dan "paku dulang paku serpih, kalau nak datang bawak duit lebih". Dengan ini kami akhiri dengan gambar yang membawa 1001 kenangan kepada semua ahli blog ini. Sekian.

Thursday, September 3, 2009

Sumbanganmu amat berharga.


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hanya dia yang mampu meniti kehidupan di hari hari kemudian. Bantuan anda amat diperlukan bagi membantu mangsa banjir ini untuk meneruskan kehidupan. Beliau yang ditemui dlm keadaan menangis teresak-esak di upacara meraikan mangsa banjir di Seksyen 9 ahad lepas.

Ohkawan memetik dari dialog bersama individu ini, berkata sambil menangis "Che happy sangat no, ada hangpa smua dok tolong che, masa banjir tu che hilang semuo, seluaq dalam che, baju tidoq che, dan yang paling che sedih bila dok terkenang waktu banjir tu girfren che takdo dok atas kapal terbang, che chinto mu nooo"

Itu lah dia ungkapan ikhlas dari mangsa banjir. Jika anda ingin menghulurkan bantuan yang lebih dari pizza sila hantarkan ke akaun nombor;

2356-6535-2345-3q42
Oh-kawan Sdn. Bhd.

P IN TOWN !!



Amelia Rashid telah tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jam 3.30 petang. Oh-kawan mengucapkan selamat pulang ke tanah air .

Lagi pemuda tertipu.



Seorang lagi pemuda telah tertipu tetapi kali ini pula dengan produk pencuci muka ternama, Fair And Square . Encik G telah dijanjikan wajah yang berseri dan flawless jika beliau mengamalkan produk tersebut tetapi rupanya kulit mukanya alah kepada salah satu bahan kimia yang terkandung di dalam produk tersebut. Sila perhatikan sendiri perbezaan raut wajah Encik G di bawah ini:-



sebelum


selepas


Ketika ditemui di Restoran Darussalam Subang Jaya smalam, pemuda yang berusia suku abad itu telah menyuarakan rasa tidak puas hati kerana mudah terpedaya dengan strategi pemasaran jurujual produk tersebut dan ingin memfailkan saman malu kerana malu mukanya tidak lagi setampan dulu. Beliau berkata, "I sakit hati tau bila I bgn jer esok tu tgk muka I mcm nie dah. I mmg nak saman jurujual tu atas sebab malu. Oklah jangan tanya banyak dah I dah malu nie okayyyyyy kang I saman you pulak".






Kahwin Lepas Raya?




Ohkawan ada dengar2 yang bekas peserta rancangan realiti tv one in a million akan melangsungkan perkahwinan bersama kekasih yang juga seorang wartawan hiburan selepas hari raya. Tapi ianya masih lagi menjadi tanda tanya walaupun diberitahu sendiri oleh kawan baik wartawan hiburan tabloid kosmo ini.

Di temui di restoran eksklusif sempena meraikan rakan-rakan di sunway minggu lepas penyanyi dan wartawan itu menidakkan kebenaran cerita ini. Ditanya oleh ohkawan status perhubungan perkahwinan mereka, wartawan itu dengan selamba berkata "memang kami sangat rapat ketika ini, tapi pasal perkahwinan tu tunggu la dulu, cari wang dulu" penyanyi itu pula menyampuk "kalau jadi pun mungkin lepas raya, tapi tak tahu la raya tahun bila" katanya berseloroh.




Rapat dengan artis!



Wah! Walaupun sibuk dengan pelajaran di luar negara, Fadzmel, atau nama timang-timangannya Amel semakin dikenali di industri hiburan!

Amel juga dikatakan mula rapat dengan seorang pelakon popular! Nampaknya, tak lama lagi, mungkin bayang-bayang Amel tidak akan kelihatan lagi gara-gara sibuk dengan dunia-dunia glamornya.

Silap hari bulan, Amel akan menjadi buruan pengarah-pengarah terkenal. Jadi pelakon popular ! Kalah Iqram Dinzley! Opps! Oh-kawan gurau saja, jangan marah-marah yerr……

Oh-Kawan tak kisah kalau satu hari nanti ditakdirkan Amel menjadi pelakon popular. Boleh tumpang glamor kan! Huhuhu…

Oh-Kawan: Terlalu memilih, mahu gadis bercirikan wajah Cina tetapi Melayu dan rambut panjang…sampai tua la menunggu……huhu

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Cinta baru jejaka macho!


Lelaki ini kerap bertukar ganti cinta hatinya. Mungkin waktu itu, dia masih lagi belum menemui cinta sebenar kot. :>

Apa pun Oh-Kawan mendapat tahu, kali ini jejaka macho aka comel aka hot ini, sekali lagi dikatakan sedang mula berkenalan dengan gadis bertudung yang manis-manis gituuu..

Baru-baru ini, Oh-kawan sempat juga menjadi ‘paparazzi part time’ dengan mengambil gambar curi-curi bersama gadis manis itu ketika dia bersama teman-teman hotnya yang lain berbuka puasa di sebuah restoran terkemuka di Sunway.

Mentang-mentanglah alas meja labuh, dia ingat kawan-kawan lain tak nampak tangan dia tengah merayap manja ke tangan gadis itu. Takpe…still nampak comel…

Bekas kekasih miss R, miss S dan miss I itu tampak begitu mesra dengan gadis itu. Sama-sama berbaju putih pulak tu. Agaknya, bibit-bibit cinta baru nak bermula kot..

Bagaimanapun, ketika Oh-kawan cuba menyoalnya adakah benar gadis itu kini menjadi kekasih hati, dia enggan mengulas panjang. Katanya sambil tersenyum: “No komen. Makanlah ayam ni. Sedap!”

Oleh FERIDE HIKMET ATAK